Abah's & Ibu's Little Precious ;)

baby

Tuesday, July 31, 2007

i-Board Mobile

Salam,

Petang tadi, selepas waktu persekolahan, guru-guru diberi taklimat secara in-house oleh Cikgu Nazri yang telah menghadiri kursus menggunakan peralatan i-Board dan Pintar Maths selama 5 hari di Kuantan. Fini difahamkan SKEN satu-satunya sekolah di Bentong yang mendapat peralatan ini. Oleh itu, penggunaan terhadap peralatan ini akan dipantau supaya ianya digunakan sepenuhnya dan tidak menjadi white elephant.

Peralatan ini diberi dalam 2 set. Setiap satu set mengandungi :
(i) capture board/i-board mobile
(ii) stylus
(iii) wayerless receiver
Ia didatangkan dengan perisian i-Board mobile notebook dan i-Board mobile tools.

Menarik sangat penggunaan peralatan ini, (I wish I could use it for my P&P, huhu) sangat membantu guru-guru dalam P&P sebagai nilai tambah terhadap courseware yang sedia ada. Juga boleh dijadikan suatu tools untuk membangunkan perisian kursus untuk nota guru. Penggunaan peralatan ini dapat menggalakkan penglibatan penyertaan para pelajar dalam sesi pembelajaran.

#I will ask Sir Mizan to gave me a copy of this tool picture...I'll upload it later (",)

edited on 25th September, sbb bru dpt video ni dr Sir Mizan. Ni video demo masa pembentangan cara penggunaan i-Board mobile oleh Cikgu Nazri. Thank you Mizan.

No comments: